Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan.Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah.Bila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau di isi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlua dan peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia.Allah
inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya.Keingin antara peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.
Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negative
dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun
Mengajar kita nahawa jangan sekali-kali
bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama.Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang
tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah
risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta
yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia.Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan.Seteguk kita minumd arikendi cinta terlarang,
racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta
dikatakan buta.Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi
hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain
kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu
asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita
agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta
yang terlarang.Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga.Lebih dari itu pun banyak berlaku.Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta.Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.Buah yang pahit, masam dan memabukkan.Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina.Ketika itu indahkah cinta?

No comments:
Post a Comment