Cinta adalah perasaan jiwa&tarikan hati.Ia
adalah fitrah. Islam mengiktiraf fitrah ini&menggariskan 3 peringkat Cinta,
iaitu:
Cinta AGUNG, Cinta PERTENGAHAN &Cinta
HINA

CINTA paling AGUNG sudah tentu Cinta kepada-Nya,
Allah Ta’ala, Rasul& jihad di jalan-Nya.Tiada Cinta yang boleh menyamai kedudukan
Cinta ini.Seterusnya, CINTA PERTENGAHAN ialah Cinta yang terhasil daripada ikatan
seseorang yang dikasihinya samada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan,
kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.Manakala CINTA HINA pula ialah Cintakan taghut, syaitan musuh-musuh-Nya,
hawa nafsu, syahwat&mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak,
isteri, keluarga, perniagaan&kasihkan Negara melebihi kasih&cintakan
Allah Ta’ala, Rasul& jihad di jalan-Nya.
Sebenarnya dalam Islam tidak ada langsung istilah
Cinta bagi mereka yang masih belum ada ikatan
perkahwinan.Lihatlah 3 peringkat Cinta yang digariskan, adakah Islam mengiktirafkan
Cinta kepada teman lelaki.Hatta, Cinta kepada tunang pun tidak diiktiraf inikan
pula kepada teman lelaki.Bagaimana kita boleh menganalisis ciri-ciri pasangan
yang bercinta kerana-Nya jika istilahnya pun tidak diiktiraf?Ingat, hal ini berbeza
dengan dua orang insan yang saling jatuh Cinta kerana-Nya&menahan diri dari
pada asyik bercinta sehinggalah syariat menghalalkannya.Cinta yang hakiki adalah
mencintai-Nya, kemudian Rasul-Nya, kemudian barulah selain mereka.
No comments:
Post a Comment